Wednesday, August 11, 2010

langkah2

sejuk sungguh rasanya dalam bilik kecil itu walaupun kami ada agak ramai. seseorang menyerahkan beberapa helai borang, termasuk satu berwarna hijau. aku mengisi satu persatu dengan debar yang masih sama. ada ruang 'ahli keluarga yang bekerja' di syarikat sama.

mampus! aku mana ada sedara yang kerja di situ! abislah....!

kami kemudian dibawa ke kawasan lapang di bahagian lain - tapi di tingkat sama. kawasan yang nyaman dan selesa. dari situ aku boleh nampak pemandangan di luar. ada kilang/pejabat paper china press di depan. juga deretan gerai yang dipasang di sepanjang jalan liku.

(jalan liku amat kuingat sebab di situlah letaknya tivi3)

kawasan lapang yang nyaman itu kemudian aku ketahui adalah lobi untuk bertemu dan melayan tetamu editorial.

kami menunggu dan seorang demi seorang kemudian dipanggil untuk ditemu duga. penyampai sukan tu nampak amat yakin. katanya, dia berharap dapat masuk metro. meja sukan. habislah aku... seorang gadis bertudung itu pulak bukan main konfiden. dia kenal orang itu dan ini. pernah praktikal di berita harian.

ketika seorang lelaki india berbadan gempal lalu untuk ke tandas, gadis bertudung itu mengangkat tangan, tersenyum dan menyapa. ia dibalas dengan pantas lelaki india itu. di belakangnya, tersangkut henfon motorola. memang zaman tu ada stail pakai henfon sangkut kat belakang.

biasanya team dari crime desk.

"saya praktikal dengan en thilli dulu," kata gadis bertudung itu.

aduhai.... habis la aku....!

dan akhirnya, hanya ada dua orang lagi belum dipanggil. aku dan seorang calon lagi. aku menyelak2 paper hari itu. ada metro, berita harian dan nst. aku memilih nst dan berita harian. dan nama aku pun dipanggil masuk ke bilik temu duga

dengan baju putih yang aku sayang, dengan beg sandang murah aku melangkah masuk dan - nah! ada tujuh orang menunggu! ada yang gempal, ada yang sedang2 saja. ada yang segak. ada macam2.

matila aku!

selepas duduk aku ditanya soalan intro. dan seorang daripada mereka meminta sijil2 yang salinannya dah aku kirimkan semasa membuat permohonan dulu. aku membuka beg dan - nah! kali ini aku memang akan mati. mati confirm. aku tak bawak sijil! yang ada hanya lima enam naskhah majalah yang pernah aku kerjakan sebelum ini.

matilah aku kali ni..... buang masa dan memalukan saja!

No comments:

Post a Comment