Tuesday, January 21, 2014

siang malam cari bahan


dulu2 harian metro ni punya la lekeh. aku pernah dengar cerita kawan2 senior yang pergi buat assignment, free saja kena perli.

"metro ni, metro jaya ke?" - itu antara soalan2 yg aku rasa kadang2 spontan dan jujur - sebab tak kenal akhbar ini - dan kadang2 menyindir. maklumlah, siapa sangat yang baca harian metro pada masa tu. dan kami yang bekerja di akhbar ini kadang2 termalu juga. tapi ditahankan. disabarkan. didiamkan.

bos2 pada masa tu ada cara tersendiri untuk membentuk acuan akhbar (dan wartawannya). ucapan2 perasmian, retorik orang besar2 - waima perdana menteri kami tak main. kami tak pandang. sidang akhbar polis pun - walaupun kami hadir - kami tak pandang. kami cuma dengar dan catit sikit2. nak jaga hati. nak jaga rappo.

"kita mesti berfikir one step ahead," kata bos aku yang aku cukup ingat. tapi sekarang aku tak ingat sama ada ataj (a tajuddin baharuddin) atau hambali abd latif.

mula2 aku blur jugak. lama2 aku faham. selalunya abang2 senior yang tolong fahamkan dan ajar jadi 'kurang ajar.' kami dilatih supaya lihat tugasan lain daripada orang lain. semasa orang sibuk2 layan sidang media kami kena cekap mengintai berita "yg lain." maka tidak hairanlah kalau hamid karim dan adam salleh yg pergi interview juruhebah radio balik dengan cerita yg tak ada kena-mengena langsung dengan interview itu. esok bila story keluar keesokan hari yg jadi berita ialah juruhebah rtm diancam maut sebab alat pemadam api tak ada. lebih kurang la. aku tak berapa ingat.

jadi kalau kami pergi sidang akhbar polis, kami selalunya kena 'main wayang.' habis sidang media semua reporter balik. tapi kami cuma purak-purak balik. biasanya kami akan buat u-turn dan akan jumpa polis berkenaan. biasanya ocpd. dan akan korek cerita yg orang lain tak dapat. biasanya - kalau kena cara - akan dapat.

maka dalam kepayahan harian metro tampil sebagai akhbar yang lain daripada yang lain. lain daripada biasa. aku masih ingat bos selalu tekankan bahawa harian metro mengambil berita2 yang akhbar utama tak pandang. misalnya (misal saja): kalau piem rasmikan kereta proton baru. kami diajar untuk tulis laporan tentang cat kereta yang tak sekata. atau tayar kereta tak cukup bunga. aku kata, misalnya saja.

sekarang? kadang2 kerja aku dah rasa macam buat berita radio rtm zaman tok mat rahmat.

trivia:
  • harian metro adalah akhbar bahasa melayu edisi petang pertama malaysia
  • harga pada tahun awal penerbitannya (1991) ialah RM0.50 sen saja
  • harian metro edisi hujung minggu (metro ahad) hanya mula terbit pada 29 ogos 1995


nota kaki
1. kadang2 yg melekehkan harian metro tu pun bukan orang lain. orang yang satu bumbung juga. cuma di sisi lain. kata orang, pandang sebelah mata pun tak mau. tapi bila dah pindah ke sisi sini, peh! orang harian metro asal pun jadi macam pendatang. aku kata, macam la. macam saja.

2. dek kerana mahu bersaing dengan akhbar lain, pada satu ketika wartawan yg bekerja syif malam (12am - 8 am) diberi tugasan khas membeli akhbar harian watan pada waktu pagi. lebih kurang jam 6 atau 7 pagi. pengarang berita bertugas akan membelek2 watan itu bagi memastikan berita muka depan harian metro tak sama, berbeza daripada akhbar2 lain.

Friday, January 17, 2014

mula dapat byline


untuk permulaan aku pergi assignment dengan senior. kalau tak salah. kemudian bos suruh pergi sendiri2. tapi dalam keadaan tertentu aku - yang tak ada apa2 pada masa tu - akan ikut photographer. seingat aku semua photographer yang aku ikut ada kenderaan, sama ada motosikal atau kereta. dan untuk peringkat awal beat aku cuma cerita2 longkang, sampah, pokok bunga, paip najis bocor dan kerajaan tempatan. 

antara pbt yang masuk dalam beat aku pada masa itu ialah majlis perbandaran ampang jaya dan majlis perbandaran shah alam.

sesekali aku buat juga story crime. ikut polis sana, ikut polis sini. kalau kena giliran kerja syif malam (12am - 8am) lokasi wajib yang aku - dan kawan2 lain yg kena syif malam - ialah hospital besar kuala lumpur. juga sesekali tengok mak nyah di chow kit. kami pergi naik kereta company. aku, jurugambar dan abang drebar. kami ronda2 sekitar kl. kalau rezeki baik, tak ada lah apa2. kalau rezeki tak berapa nak kena, ada kemalangan la, ada kebakaran la. ada macam2 la.

satu ketika heboh di shah alam cerita 'penculik' yang menyasarkan budak2 sekolah. salah seorang bos aku pulak rumahnya di shah alam. maka aku kena buat follow up cerita tu. dan pada satu hari aku dapat info ada satu kedai gambar - yg aku tak ingat di seksyen berapa - jadi 'kilang fotostat' edar gambar seorang lelaki yg didakwa penculik. kedai tu jual salinan fotostat gambar seorang lelaki. aku dengan rosli ahmad pergi itu kedai dan intai. memang sah. 

peh! aku terhidu story!

rosli cakap - "jom jumpa polis. jumpa ocpd." aku yang masih hijau dan suci - pada masa itu - pun setuju. kami pergi ke ippd shah alam. aku tak kenal polis sapa2 pun. tapi kami redah. kami pergi dan mintak jumpa ocpd. tuan ocpd terima kami dengan baik. sebab apa? sebab dia polis yg baik. nama dia fauzi shaari.

kami borak2 sekejap dan bukak cerita tentang 'penculik' itu. dia terus panggil io (pegawai penyiasat) yang aku ingat namanya - izani. dia suruh serbu kedai tu pada itu jam jugak. io tanya aku maklumat lebih kurang. kemudian aku mintak diri sebab nak ikut polis serbu kedai gambar tu. aku dapat scoop story petang tu. kami balik dengan senang hati. dan aku pulak kembang hidung. maklumlah, bukan selalu dalam scoop.

nota kaki:
1. aku sempat berborak dgn tuan fauzi shaari sebelum kami serbu kedai gambar tu. macam2 kami sembang. tapi ada satu pesan dia yg aku ingat - dan pegang sampai sekarang. kata dia, wartawan nak menulis berita kena bagi takut kat orang sama. kalau tulis cerita jenayah dan hukuman kalau bersalah, kata dia, janganlah buat ayat "boleh dipenjara (misalnya) TIDAK KURANG bla, bla, bla" tapi tulislah "boleh dipenjara (misalnya) SEHINGGA bla, bla, bla." perkataaan SEHINGGA tu ada membawa kesan psikologi kpd pembaca. mudah2-an dia ditempatkan bersama orang yg Allah sayang.
2. keesokan hari story aku keluar muka depan. bukan lead story, tapi second element. nama aku terpampang. tapi joint byline dgn otai rasid rahaman. walaupun joint byline aku rela. aku hormat dia - sampai sekarang. dia antara wartawan yg aku anggap sifu. seorang lagi - nanti aku cerita dalam enti yg lain.

Wednesday, January 15, 2014

selepas hari first

janggal giler masa hari tu. tak tau nak buat apa. kalau tau pun masa tu aku tak tau nak buat macam mana. komputer berderert2 di meja yg berderet2 juga. besar2 pulak tu komputernya. aku tak ingat sangat apa yang berlaku pada hari tu. sebab:
1. kejadian dah lama (sangat)
2. aku pun dah lama tak ingat blog yang ini masih ada. keh keh keh!

cuma aku masih ingat beberapa nama yang duduk di meja depan. bos2 belaka. masa tu aku belum tahu nama mereka. atau belum ingat, yang lebih tepat. tapi sekarang aku ingatlah. zian johari bos paling besau. kemudian ada ataj (a tajuddin baharuddin), hambali latiff. di bawah sikit ada johari mohd dengan karim sulaiman. aku panggil enche2 belaka diorang tu.

kemudian ada reporter2 senior yang lain. yang aku masih ingat dengan jelas - rasid rahaman, hamid karim, aminuddin (bin apa aku dah lupa), adam salleh, nor sham salleh, dan er... aku dah tak ingat. di kalangan jurugambar aku kenal rosli ahmad, marko, yahya hashim, yahya zain, a bakar onn dan abe matt metro.

disebabkan sebelum tu - rasanya - aku dah diberi buku garis panduan untuk kakitangan bhsb. dan aku dah baca sebelum mula masuk kerja. antara yang aku ingat dalam buku tu kata staf kena berpakaian kemas. kalau kemeja lengan panjang, mesti berbutang. tak boleh dilipat.

maka untuk dua tiga hari pertama di harian metro aku berlengan panjang. gila.

antara tugas awal aku masa tu ialah memproses press release. punya la banyak press release yang ada tapi aku tak la 'proses' semua. bos bagi aku tiga empat keping suruh tulis semula dalam bentuk berita. bahasa mudahnya - re-write. tak susah mana sebab macam yang pernah aku tulis tiga tahun dulu, kerja menggoreng tu dah jadi tugasan ruji. yang susah masa mula2 di harian metro ialah nak menulis di pc. dan mengikut "gaya rumah" harian metro.

hasil press release itulah aku mula2 dapat byline. mohamad alabror mohd yusuf - kalau tak silap. hampir2 sebijik macam nama dalam surat beranak. memang aku tak gemar sebab sebelum tu aku dah memang ada nama lain untuk menulis. tapi sebab bos yang tulis, aku terima dengan hati yang berat. boring giler.

nak memilih byline ni pun ada seni. daripada nama yang kau pilih untuk menulis pun orang boleh tahu - lebih kurang - kau ni jenis yang macam mana. mat belia 4b ke, atau apa. kalau kau tulis byline tu macam nak isi borang buat pasport atau nak daftar mengundi, memanglah kau mat skema.