Tuesday, January 21, 2014

siang malam cari bahan


dulu2 harian metro ni punya la lekeh. aku pernah dengar cerita kawan2 senior yang pergi buat assignment, free saja kena perli.

"metro ni, metro jaya ke?" - itu antara soalan2 yg aku rasa kadang2 spontan dan jujur - sebab tak kenal akhbar ini - dan kadang2 menyindir. maklumlah, siapa sangat yang baca harian metro pada masa tu. dan kami yang bekerja di akhbar ini kadang2 termalu juga. tapi ditahankan. disabarkan. didiamkan.

bos2 pada masa tu ada cara tersendiri untuk membentuk acuan akhbar (dan wartawannya). ucapan2 perasmian, retorik orang besar2 - waima perdana menteri kami tak main. kami tak pandang. sidang akhbar polis pun - walaupun kami hadir - kami tak pandang. kami cuma dengar dan catit sikit2. nak jaga hati. nak jaga rappo.

"kita mesti berfikir one step ahead," kata bos aku yang aku cukup ingat. tapi sekarang aku tak ingat sama ada ataj (a tajuddin baharuddin) atau hambali abd latif.

mula2 aku blur jugak. lama2 aku faham. selalunya abang2 senior yang tolong fahamkan dan ajar jadi 'kurang ajar.' kami dilatih supaya lihat tugasan lain daripada orang lain. semasa orang sibuk2 layan sidang media kami kena cekap mengintai berita "yg lain." maka tidak hairanlah kalau hamid karim dan adam salleh yg pergi interview juruhebah radio balik dengan cerita yg tak ada kena-mengena langsung dengan interview itu. esok bila story keluar keesokan hari yg jadi berita ialah juruhebah rtm diancam maut sebab alat pemadam api tak ada. lebih kurang la. aku tak berapa ingat.

jadi kalau kami pergi sidang akhbar polis, kami selalunya kena 'main wayang.' habis sidang media semua reporter balik. tapi kami cuma purak-purak balik. biasanya kami akan buat u-turn dan akan jumpa polis berkenaan. biasanya ocpd. dan akan korek cerita yg orang lain tak dapat. biasanya - kalau kena cara - akan dapat.

maka dalam kepayahan harian metro tampil sebagai akhbar yang lain daripada yang lain. lain daripada biasa. aku masih ingat bos selalu tekankan bahawa harian metro mengambil berita2 yang akhbar utama tak pandang. misalnya (misal saja): kalau piem rasmikan kereta proton baru. kami diajar untuk tulis laporan tentang cat kereta yang tak sekata. atau tayar kereta tak cukup bunga. aku kata, misalnya saja.

sekarang? kadang2 kerja aku dah rasa macam buat berita radio rtm zaman tok mat rahmat.

trivia:
  • harian metro adalah akhbar bahasa melayu edisi petang pertama malaysia
  • harga pada tahun awal penerbitannya (1991) ialah RM0.50 sen saja
  • harian metro edisi hujung minggu (metro ahad) hanya mula terbit pada 29 ogos 1995


nota kaki
1. kadang2 yg melekehkan harian metro tu pun bukan orang lain. orang yang satu bumbung juga. cuma di sisi lain. kata orang, pandang sebelah mata pun tak mau. tapi bila dah pindah ke sisi sini, peh! orang harian metro asal pun jadi macam pendatang. aku kata, macam la. macam saja.

2. dek kerana mahu bersaing dengan akhbar lain, pada satu ketika wartawan yg bekerja syif malam (12am - 8 am) diberi tugasan khas membeli akhbar harian watan pada waktu pagi. lebih kurang jam 6 atau 7 pagi. pengarang berita bertugas akan membelek2 watan itu bagi memastikan berita muka depan harian metro tak sama, berbeza daripada akhbar2 lain.

No comments:

Post a Comment