Tuesday, August 31, 2010

hari first

perkara utama yang aku fikirkan bila masuk kerja nanti adalah: macam mana sibuknya nanti, agaknya. aku tak pernah kerja daily paper. yang pernah, paper dua minggu sekali (yang kadang2 terbit dua bulan sekali), juga majalah bulanan. paling kerap pun, seminggu sekali. sekarang aku nak masuk paper daily. macam mana, agaknya.

dan ke paper mana aku diletakkan? metro? harap2 bukan.

dan tarikh yang ditentukan itu pun sampailah. 1 ogos 1995. aku melapor diri di balai berita di jalan liku, bangsar. dengan penuh debaran. aku ternanti2 jugak, siapa lagi yang dapat? penyampai tv3 tu, dapat ke? awek bertudung yang konfiden giler tu, dapat ke?

sah - dua2 tak dapat. pelik jugak!

aku masih ingat kawan2 satu batch hari itu: safar, yusri, raihan, suhaimi sahat, samsarina, bakhari arif, shamsul kamar. ada juga seorang dua yang lain tapi masuk lewat sikit.

kami dibawa pengurus pentadbiran pada masa itu, shukor ali, berjumpa dengan ketua pengarang kumpulan bhsb, dato' a nazri abdullah. kemudian timbalannya, haniff hadi. juga beberapa yang lain, termasuk ketua pengarang berita, ibrahim yahya (tiger) dan kolumnis berita harian, prof dr taib osman. prof tu adalah seorang daripada kolumnis mingguan berita harian dan aku mungkin hanya pernah sekali membaca tulisannya. dan beberapa kali pernah cuba membacanya, tapi gagal habis. membosankan!

tapi di dalam bilik prof itulah bakhari arif menampakkan kelainan. dia satu2-nya geng aku yang mengagumi dan mengaku membaca dan meminati kolum prof taib. hebat! dan bakhari ini juga kemudian berhenti daripada menjadi wartawan dan menjadi press sec kepada seorang menteri. tan sri musa mohamad (menteri pendidikan), rasanya.

dan pada hari itu juga aku diberitahu, tempat kerjaku adalah harian metro.

alamak.....!

Monday, August 23, 2010

tapi tak per...

tapi tak apa. releks....

bekerja di paper kecik memberi pengalaman besar kepada aku.

untuk pengetahuan korang, aku mula jadi reporter ni sejak 1991. aku interview pulak 1995. 95 tolak 91 = ada la dalam empat tahun. banyak ilmu dapat beb.... dulu - kat tempat lama - aku bukan saja kerja jadi reporter. aku la tukang key-in story. aku la tukang buat page (guna page maker versi lama), aku la hantar bahan untuk buat filem. aku la hantar filem ke printer. aku la ambik paper dah siap bawak ke pejabat atau hantar kpd distributor. memang bukan aku sorang. tapi aku ada buat semua kerja tu. so, jangan nak kelentong aku lebih2 bab paper ni. ya, memang aku riyak. heh heh

salah satu kerja utama aku masa kerja paper kecik tu adalah re-write semula story. biasanya dari paper the star. goreng sampai tak ingat dunia pun ada kadang2. jadi, apa sangatlah nak goreng translation kat balai berita.

aku buat berita macam apa yang diorang suruh. aku tengok jam. tak ingat berapa lama masa diberi, tapi tak la lama sangat. aku buat apa yang patut. bila masuk bab translation, aku translate satu para. konon2 tak cukup masa. heh heh.

tak lama lepas tu, aku balik. dan tak lama lepas aku balik (maksudnya, beberapa minggu atau bulan la), aku dipanggil kerja. not bad, huh?

Monday, August 16, 2010

langkah 3

aku tak tau la macam mana muka aku masa tu sebab tak ada cermin depan aku. yang ada hanya satu meja besar dan panjang dan tujuh orang yang macam2 rupa berbaris di sebelah sana. tapi yang aku tau, aku pucat. panik. nak putus nyawa. berpeluh? mungkin.

apa sialnya aku hari tu. sijil tak bawak langsung sedangkan semua sijil tu aku dah letak baik2 sebelah beg sandang murah aku. yang ada pada orang2 di depan aku hanya salinan sijil2 tu.

mati. confirm mati.

"habis awak bawak apa tu?" tanya sorang daripada mereka.

"er, majalah2 yang saya pernah buat," kata aku.

"bak sini nak tengok," kata seorang yang lain. yang agak rendah dan gempal. muka bengis.

mati. confirm mati.

dengan getar yang cuba kusembunyikan, aku tarik keluar majalah ibu, usahawan, bola dan entah ada satu dua majalah lain yang ada dalam beg. aku hulur. diorang ambik belek2. sambil2 tu tanya soalan itu ini. tak lah serius sangat. tak lah susah sangat.

tanya apa headline akhbar hari tu. tanya apa jadi kat england hari tu. aku tak ingat apa jadi, tapi masa tu memang ada isu. aku jawab la lebih kurang. nasib baik aku belek2 paper kat tempat menunggu tadi. dapat la jugak tau sikit sebanyak.

(rupa2-nya macam tu je interview di syarikat besar tu?!)

lepas tu aku dan calon2 lain dibawak ke bilik lain. luas saujana mata memandang (masa tu la). meja bersusun2. ada yang ada orang, ada yang tak ada. tempat itu kemudian baru aku tahu editorial room. jabatan pengarang. aku dan calon2 lain dibawa ke satu deretan meja. diberi beberapa helai kertas. kami disuruh menulis berita, satu. disuruh translate berita satu.

menulis berita, aku goreng saja ikut sedap. tapi bab nak translate nih, alamak. ada masalah. aku mana reti cakap2 orang putih nih...! mati la aku lagi.....!

Wednesday, August 11, 2010

langkah2

sejuk sungguh rasanya dalam bilik kecil itu walaupun kami ada agak ramai. seseorang menyerahkan beberapa helai borang, termasuk satu berwarna hijau. aku mengisi satu persatu dengan debar yang masih sama. ada ruang 'ahli keluarga yang bekerja' di syarikat sama.

mampus! aku mana ada sedara yang kerja di situ! abislah....!

kami kemudian dibawa ke kawasan lapang di bahagian lain - tapi di tingkat sama. kawasan yang nyaman dan selesa. dari situ aku boleh nampak pemandangan di luar. ada kilang/pejabat paper china press di depan. juga deretan gerai yang dipasang di sepanjang jalan liku.

(jalan liku amat kuingat sebab di situlah letaknya tivi3)

kawasan lapang yang nyaman itu kemudian aku ketahui adalah lobi untuk bertemu dan melayan tetamu editorial.

kami menunggu dan seorang demi seorang kemudian dipanggil untuk ditemu duga. penyampai sukan tu nampak amat yakin. katanya, dia berharap dapat masuk metro. meja sukan. habislah aku... seorang gadis bertudung itu pulak bukan main konfiden. dia kenal orang itu dan ini. pernah praktikal di berita harian.

ketika seorang lelaki india berbadan gempal lalu untuk ke tandas, gadis bertudung itu mengangkat tangan, tersenyum dan menyapa. ia dibalas dengan pantas lelaki india itu. di belakangnya, tersangkut henfon motorola. memang zaman tu ada stail pakai henfon sangkut kat belakang.

biasanya team dari crime desk.

"saya praktikal dengan en thilli dulu," kata gadis bertudung itu.

aduhai.... habis la aku....!

dan akhirnya, hanya ada dua orang lagi belum dipanggil. aku dan seorang calon lagi. aku menyelak2 paper hari itu. ada metro, berita harian dan nst. aku memilih nst dan berita harian. dan nama aku pun dipanggil masuk ke bilik temu duga

dengan baju putih yang aku sayang, dengan beg sandang murah aku melangkah masuk dan - nah! ada tujuh orang menunggu! ada yang gempal, ada yang sedang2 saja. ada yang segak. ada macam2.

matila aku!

selepas duduk aku ditanya soalan intro. dan seorang daripada mereka meminta sijil2 yang salinannya dah aku kirimkan semasa membuat permohonan dulu. aku membuka beg dan - nah! kali ini aku memang akan mati. mati confirm. aku tak bawak sijil! yang ada hanya lima enam naskhah majalah yang pernah aku kerjakan sebelum ini.

matilah aku kali ni..... buang masa dan memalukan saja!

Tuesday, August 3, 2010

langkah1

Aku sampai lebih kurang 10 minit sebelum jam 9 pagi. dengan beg sandang dan berbaju kemeja lengan panjang putih dan seluar skema, aku melangkah pagar dan disapa pak guard berbaju kelabu. Di depan aku adalah bangunan agam kebiru2-an dek cermin dan sinar terik matahari pagi.

“nak interview,” kataku.

Dan aku diberitahu supaya naik ke tingkat 5. Aku diberi pas pelawat yang kemudian aku kelip ke dada. Ke tulang butang baju putih yang aku sayang. Baju putih berharga kurang rm30 yang aku beli selepas dua tiga bulan mengumpul wang gaji.

Melangkah pintu cermin besar, aku tenggelam dalam lobi yang lebih besar. Gah. Di kanan adalah sederet tiga lif yang agak sibuk buka tutupnya. Di kiri lif itu adalah penyambut tetamu. Di depan kaunter penyambut tetamu adalah satu papan tanda bermegah2 – biasalah, korporat – yang menyenaraikan sekian banyak anak syarikat pemilik bangunan itu.

Aku menahan debar yang masih kuat sejak di pintu pagar tadi. Dalam tempoh beberapa detik saja aku sudah berada di tingkat lima. Melilau-lilau mencari arah yang sepatutnya dituju. Entah dengan bismillah atau tidak, aku menolak daun pintu kelabu yang tebal.

Aku masih ingat. Wajah pertama yang menangkap pandangan adalah seorang gadis berambut lurus separas bahu yang menoleh serentak tersenyum memandangku. Aku yakin, dia bukan sengaja beri senyuman untuk aku, tapi kebetulan sedang bersenyum2 apabila terdengar daun pintu ditolak dan kebetulan pulak aku yang menolaknya.

Gulp! Ada ramai juga yang duduk di ruang sempit tu! Ada muka yang aku kenal. Penyampai sukan tv3, antaranya. Rata-rata semua berpakaian kemas dan betul2 skema. Mamat penyampai sukan tu bertali leher. Penuh yakin. Yang lain2 juga bertali leher. Ada dua tiga awek kontrol ayu. Dan selain yang menyambut aku dengan senyum tadi, ada seorang lagi gadis – kali ni bertudung – yang aku agak ingat. Bukan namanya. Bukan wajahnya. Tapi sikapnya. Nanti saja aku ceritakan.